General Islamic Topic

Mencari Makanan yang Halal adalah Satu Kewajipan.

Dalam menjalani kehidupan seharian, kita sering berhadapan dengan pelbagai cabaran, antaranya perkara yang melibatkan pemakanan dan pekerjaan yang halal.....

Dalam menjalani kehidupan seharian, kita sering berhadapan dengan pelbagai cabaran, antaranya perkara yang melibatkan pemakanan dan pekerjaan yang halal.

Ajaran Islam memberi panduan kepada umatnya untuk menjalankan segala aktiviti kehidupan supaya sentiasa berada pada landasan yang tepat serta dibenarkan oIeh hukum syarak. Landasan tersebut lebih dikenali sebagai halal dan haram dalam kehidupan khususnya yang melibatkan pemakanan. Halal bermaksud melakukan sesuatu yang dibenarkan oIeh Allah dan Rasul serta mendapat pahala dan keberkatan bagi orang yang melakukannya. Haram pula sesuatu yang dilarang oIeh Allah dan Rasul-Nya daripada melakukannya serta mendapat dosa dan kemurkaan Allah bagi mereka yang melakukannya.

Makanan adalah keperluan asas manusia, maka marilah kita bermuhasabah tentang bahan makanan yang telah dan hendak dimakan sama ada ianya halal dan yang terbaik atau sebaliknya. Sedarlah! bahawa mencari bahan makanan yang halal dan baik untuk dimakan itu adalah suatu tuntutan dalam Islam. Hadith daripada Abi Hurairah, bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud:-

“Sesungguhnya Allah SWT. itu baik, Dia tidak menerima sesuatu daripada  hamba-Nya melainkan yang baik dan Allah SWT. perintahkan (kepada hambaNya) seperti yang diperintahkan kepada Rasul-rasulnya” .

Seterusnya Baginda membaca Firman Allah SWT. dalam surah Al-Baqarah ayat 172:

Bermaksud: “Wahai orang yang beriman!, makanlah daripada benda-benda yang baik (yang halal) daripada apa yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika kamu benar-benar hanya beribadah kepadaNya”. [Al-Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 172].

Makanan halal bukan hanya dilihat indah pada rupa dan enak pada rasa bahkah lebih daripada itu. Manakala yang baik pula adalah suatu yang mendatangkan faedah kepada keperluan tubuh badan, akal dan emosi. Sebaliknya apa jua bahan makanan yang boleh merosakkan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental atau akal serta yang menjejaskan emosi adalah sesuatu yang diharamkan. Marilah sama-sama kita menghayati Firman Allah SWT. dalam surah Al-Maidah ayat 3:

Bermaksud: “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) darah (yang keluar mengalir) , daging babi (termasuk semua anggota tubuhnya) , binatang-binatang yang disembelih bukan kerana Allah, yang mati tercekik, yang mati dipukul, yang mati kerana jatuh dari tempat tinggi, yang mati ditanduk, yang mati dimakan binatang buas kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), yang disembelih atas nama berhala (diharamkan juga) kamu bertenung nasib dengan undi batang-batang anak panah, yang demikian itu adalah perbuatan fasiq”. [Al-Quran, Surah Al-Maidah, ayat 3].

Firman-Nya lagi dalam surah yang sama ayat 4:

Bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka? Baginda menjawabnya katakanlah: Dihalalkan bagi kamu memakan yang lazat-lazat serta baik dan buruan yang ditangkap oIeh binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar untuk berburu mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (Adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. OIeh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sambutlah nama Allah ke atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu) serta bertaqwalah kepada Allah (dengan memelihara diri dari memakan yang diharamkan oIeh Allah). Sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisab-Nya” [Al-Quran, Surah Al-Maidah, ayat 4].

Perkara utama yang perlu diperhatikan apabila hendak mendapatkan makanan atau minuman ialah dengan memastikan ianya halal dan baik. Maksud halal mengikut hukum syarak ialah:

  1. Binatang yang hendak dimakan dagingnya mestilah ia yang dihalalkan oIeh syarak seperti lembu, unta, rusa, ayam dan lain-lain lagi. Ianya pula hendaklah disembelih mengikut hukum syarak.
  2. Kita hendaklah menyuci bahan makanan yang hendak dimasak menggunakan sumber air yang bersih lagi suci. Jika bercampur air basuhan dengan najis dan terus dimasak, maka akan menyebabkan makanan tersebut dihukumkan najis menyebabkan haram dimakan.
  3. Bahan campuran untuk menghasilkan makanan atau minuman hendaklah tidak bercampur dengan bahan-bahan yang diharamkan oIeh syarak seperti arak, racun perosak, najis binatang, bangkai, bahan-bahan dari khinzir dan lain-lain.
  4. Manakala maksud toyyiban pula ialah bahan makanan atau minuman yang berkualiti, berzat, tidak lapok dan tidak luput tarikh penggunaannya, diproses di tempat yang bersih dan bermanfaat jika dimakan.

Umat Islam hendaklah berwaspada terhadap premis-premis yang menjual makanan yang mempamerkan ayat-ayat Al-Quran atau kalimah dan lambang suci Islam kerana ianya bukan jaminan bahawa makanan yang dijual adalah halal dimakan dan diminum.

Usaha untuk memastikan pengguna tidak tertipu dengan pelbagai taktik kotor oIeh pengeluar makanan dan minuman serta penjual yang mahu mengaut keuntungan dapat dilindungi dengan penggunaan Logo Halal. Di negara ini, Malaysia telah mengambil langkah perlu seperti tidak membenarkan penggunaan Logo Halal yang dikeluarkan oIeh pihak swasta, di mana hanya Logo Halal yang dikeluarkan oIeh JAKIM sahaja yang diiktiraf.

Penguatkuasaan Akta Halal dan Logo Halal di premis-premis makanan, kedai makan, hotel, pengeluar makanan dan minuman, Pusat-pusat Sembelihan adalah bertujuan untuk memelihara hak pengguna mendapatkan bekalan makanan yang halal lagi baik dan terjamin. Namun usaha tersebut kurang berjaya sekiranya umat Islam sebagai pengguna tidak mempedulikan tentang halal atau haramnya sesuatu yang hendak dimakan dan diminum. Umat Islam perlu sedar mengambil bahan-bahan yang haram untuk dimakan atau diminum menyebabkan ibadat tidak khusyuk, rezeki tidak berkat, anak-anak yang diberi makanan yang haram atau syubhat akan mudah terdedah kepada kerosakan akhlak, doa tidak dimakbulkan Allah, berpenyakit di hati yang merosakkan iman bahkah di hari akhirat akan dicampakkan ke dalam api neraka. Na’uzubillahi Min Dzalik.

Dalam hal demikian, Rasulullah mengingatkan umatnya supaya sentiasa berhati-hati dalam perkara berkaitan makanan dan minuman yang diambil. Hadith daripada Nukman bin Basyir, katanya: Aku mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya perkara yang halal itu adalah sesuatu yang nyata dan demikian juga yang haram adalah nyata, (telah dijelaskan oIeh Allah dan RasulNya) namun terdapat di antara kedua-duanya (halal dan haram) itu perkara yang kesamaran (syubhat) yang mana tidak diketahui oIeh ramai di kalangan manusia. Maka barangsiapa yang memelihara dirinya daripada mengambil perkara-perkara yang syubhat, maka terpeliharalah agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang melibatkan diri pada perkara-perkara syubhat bererti ia melibatkan dirinya pada perkara yang haram.” [Riwayat Bukhari]

Wallahualam..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s