Seorang lelaki memiliki sejumlah harta yang mencukupi nisab, pada masa yang sama dia bertanggungjawab untuk membantu menyara keluarganya dengan kadar tertentu setiap bulan kerana ayahnya telah meninggal dunia. Pihak yang bertanya ingin tahu apakah boleh dimasukkan perbelanjaan keluarga tersebut di bawah pembayaran zakat atau apakah dia wajib mengeluarkan dari harta? Jika sekiranya dia wajib mengeluarkan zakat bolehkah dia memberikan zakat tersebut kepada keluarganya?

Sebelum menjawab persoalan ini, kita terlebih dahulu perlu merujuk kepada ayat al-Quran yang telah menetapkan pihak yang berhak menerima zakat, iaittu dalam firman Allah (yang bermaksud):

“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” [Surah al-Taubah (9): 60].

Demikian juga para fuqaha’ telah menetapkan bahawa seseorang itu tidak memberikan zakatnya kepada bapanya dan ke atas, atau pun kepada anaknya dan ke bawah atau pun kepada isterinya, ini ialah kerana kepentingan atau faedah itu bersambungan antara mereka maka tidak berlaku pemilikan itu dengan sempurna.

Walau bagaimanapun dia boleh memberikan zakatnya kepada keluarganya yang lain daripada mereka itu, sama ada kepada saudara-saudaranya lelaki dan perempuan, bapa-bapa dan ibu-ibu saudaranya, sama ada sebelah ayah dan ibu, yang miskin, malah memberikan zakat kepada mereka adalah baik kerana terdapat di dalamnya hubungan silaturrahim di samping pemberian zakat.

Berdasarkan itu jika sekiranya keluarga yang ditimbulkan dalam soalan di atas ini ayahnya dan ke atas atau anaknya dan ke bawah atau isterinya maka tidak harus dikira pemberian yang dibeikan kepada mereka dalam bentuk bantuan sebagai zakat daripadanya, seperti mana ia tidak harus memberikan kepada mereka sebarang harta zakatnya atas alasan seperti disebutkan.

Tetapi jika sekiranya keluarganya itu bukan terdiri golongan yang disebutkan sebelum ini dan mereka itu adalah miskin maka dia boleh memberikan kepada mereka dari harta zakatnya, malah mereka mungkin adalah lebih utama diberikan dari orang lain.

Daripada apa yang disebutkan ini dapatlah dianggap jawapan jika sekiranya keadaan seperti yang ditimbulkan oleh pihak yang menghadapi situasi ini. Allah jua Yang Maha Mengetahui.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s