Pada 28 September 2018 lepas, saya telah sertai satu Persidangan Meja Bulat yang dianjurkan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Akademi Pengajian Islam di Universiti Malaya (UM). Program ini diisi dengan pembentangan serta perbincangan oleh tokoh-tokoh hebat antaranya ialah Prof. Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi Hj. Abdul Majid, Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Hidayat Buang dan juga Syeikh Zakaria Othman (CEO LZNK).

Objektif program ini adalah untuk mencari idea-idea baru dalam proses penambahbaikan berkaitan pelaksanaan tadbir urus, kaedah kutipan dan kaedah agihan khususnya untuk kebaikan LZNK. Program ini juga untuk menghimpunkan pakar-pakar agar berbincang tentang isu-isu berbangkit dalam usaha menjadikan LZNK sebagai sebuah institusi zakat yang hebat di Malaysia.

Saya selaku peserta melihat banyak perkara yang telah dibincangkan di dalam program separuh hari ini dan saya ingin kongsi beberapa perkara yang saya anggap paling penting terutamanya dalam sesi forum antara kesemua tokoh-tokoh di atas.

Saya di tengah-tengah yang berbaju merah (Gambar di bawah):
42828327_2355469151136864_960030125296975872_o

Pertamanya Prof. Dato’ Dr. Ahmad Hidayat Buang ada menyebut tentang isu dalam struktur pentadbiran LZNK itu sendiri yang perlu ditambahbaik. Antaranya dalam undang-undang Enakmen Zakat Negeri Kedah (Seksyen 19[e]) yang menyebut penentuan asnaf oleh pihak LZNK mungkin akan bercanggah dengan kuasa mufti. Selain itu, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Hidayat Buang juga menyebut golongan yang dilantik di dalam tampuk kepimpinan LZNK tidak seharusnya diisi dengan yang berlatar belakangkan undang-undang, malah perlu ada pakar dalam bidang ekonomi, sosial, masyarakat dan sebagainya.

Seterusnya ucapan oleh Prof. Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi Hj. Abdul Majid; yang saya kira paling kontroversi antara kesemua tokoh-tokoh ini. Ini kerana beliau menyebut agar program ini tidak perlu dijalankan langsung! Menurut beliau pihak LZNK kene terus melaksanakan kerja-kerja zakatnya berbanding bercakap, berseminar, berbahas yang biasanya tidak membuahkan apa-apa. Menurut beliau juga, LZNK harus memfokuskan kajian yang lebih bersifat praktikal dan elakkan diri dari dimakan golongan penyelidik yang hanya tahu membuat kajian teoritikal semata-mata. Satu ucapan yang berani dan sebab itu orang suka ucapan Prof. Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi Hj. Abdul Majid ni!!

Manakala pembentangan Datuk Dr. Mohd Daud Bakar saya kira adalah lebih teknikal dan informatif. Ini kerana beliau ada menyebut tentang idea-idea mewujudkan ‘Big data Analytic’ dalam zakat (saya pun tidak berapa memahaminya). Disamping itu, beliau juga mengingatkan agar definisi zakat (syariah) perlu diubah agar ianya selari dengan keperluan masyarakat dan keadaan setempat.

Seterusnya dalam sesi forum yang terakhir, Syeikh Zakaria Othman (CEO LZNK) ada memberi penjelasan tentang usaha-usaha yang telah dilakukan oleh LZNK dalam kerja-kerja berkaitan zakat iaitu:

  1. Asnaf di Kedah tidak semestinya perlu pergi ke pusat zakat bagi memohon peruntukan zakat. Melalui sistem lantikan amil zakat di setiap masjid, asnaf hanya perlu pergi ke masjid bagi memohon bantuan zakat. Selepas sistem pengurusan zakat di setiap masjid diperkenalkan, bilangan asnaf meningkat naik secara mendadak (mencecah ribuan orang).
  2. Masjid di setiap negeri Kedah ditampalkan nama-nama asnaf bagi memudahkan urusan penyaluran bantuan zakat dibuat.
  3. Mulai tahun hadapan (bermula di daerah Sik), setiap asnaf akan diberi kad yang mereka boleh gunakan untuk mendapatkan barang-barang keperluan di kedai-kedai (mart) yang diuruskan oleh pusat zakat. Setiap kali pembelian dilakukan (dengan harga yang lebih murah daripada harga pasaran), nilai kad tersebut akan didebit.
  4. LZNK telah bermesyuarat dan membuat keputusan untuk membantu OKU dan peminjam PTPTN dengan dana zakat.

Saya secara peribadinya saya kagum dengan usaha LZNK menganjurkan program seumpama ini. Ini sebenarnya menjadi bukti bahawa LZNK membuka pintu menerima idea-idea dari masyarakat untuk menambahbaik sistem tadbir urus zakat di Kedah. Semoga Allah merahmati dan memberkati usaha LZNK dalam kerja-kerja pengurusan zakatnya..

42845076_2355471851136594_3432151208532377600_n

dav

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s