Penerima bantuan zakat telah ditetapkan dalam Islam secara spesifik. Ia tidaklah boleh diserahkan kepada sesiapa sahaja sebagaimana sangkaan orang ramai.

Hal ini berdasarkan apa yang telah tersebut dalam Al-Quran dalam surah At-Taubah ayat ke-60 (yang bermaksud):

Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. [Surah At-Taubah (9):60]

Jadi berpandukan ayat al-Quran di atas maka ada 8 asnaf yang layak menerima zakat dijelaskan seperti berikut:

1) Fakir
Di Malaysia, telah didefiniskan sebagai orang Islam yang tiada harta atau pendapatan, atau ada harta atau pendapatan tetapi tidak mencapai 50 peratus daripada had kifayah (had kecukupan) dirinya dan tanggungannya.

2) Miskin
Begitu juga telah didefiniskan di Malaysia bahawa asnaf miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung lebih 50 peratus keperluan dirinya dan tanggungannya tetapi masih belum mencukupi had kifayah.

3) Amil
Amil ialah pihak yang dilantik dan bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas pengurusan zakat meliputi pungutan dan agihan.

4) Muallaf
Muallaf adalah seseorang yang baru memeluk Islam atau seseorang yang dijinakkan hatinya dalam kalangan mereka yang belum memeluk agama Islam atau yang perlu ditarik simpatinya kepada Islam atau diharap dapat membela orang Islam atau yang perlu diamankan kejahatannya terhadap orang Islam.

5) Al-Riqab
Riqab ialah hamba sahaya, namun definisi al-Riqab telah dikembangkan kepada seseorang yang terbelenggu di bawah suatu kuasa atau keadaan yang menjadi hambatan kepada dirinya bagi menjalani kehidupan yang lebih baik.

6) Al-Gharimin
Gharimin ialah orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya atau kepentingan masyarakat dan tiada keupayaan untuk membayarnya. Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan iaitu: Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya; Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak; dan Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.

7) Fi Sabilillah
Fi sabilillah ialah perjuangan, usaha dan aktiviti yang bertujuan untuk menegakkan dan mempertahankan agama Allah. Definisi asnaf fisabilillah juga telah dikembangkan bukan sahaja bagi tujuan peperangan dan pertahanan, malah turut apa sahaja aktiviti yang menjurus kepada jalan Allah.

8) Ibnu Sabil
Ibnu Sabil ialah orang Islam yang kehabisan belanja semasa memulakan perjalanan atau dalam perjalanan yang mendatangkan manfaat serta sesuai dengan hukum Syarak dengan syarat iaitu: Putus bekalan dalam perjalanannya; Tidak dapat memanfaatkan hartanya untuk meneruskan perjalanan; Memerlukan kemudahan asas dalam masalah perjalanan; dan Ditinggalkan dalam perjalanan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s