Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyah Rahimahullah menyebut dalam Mukhtasar Al-Fa’id, antara tanda-tanda kebahagian dan keberuntungan dalam diri manusia adalah:

  • Apabila seorang hamba ditambah ilmunya oleh Allah Subhanahu wa ta’ala, maka ketawadhu’kannya dan kasih sayangnya bertambah;
  • Apabila amalnya ditambah oleh Allah Subhanahu wa ta’ala, maka rasa takut dan waspadanya bertambah;
  • Apabila umurnya ditambah oleh Allah Subhanahu wa ta’ala, maka keiinginan terhadap dunianya berkurang;
  • Apabila hartanya ditambah oleh Allah Subhanahu wa ta’ala, maka kemurahan hati dan kedermawanannya bertambah;
  • Apabila kedudukan dan kehormatannya ditambah oleh Allah Subhanahu wa ta’ala, maka dia semakin dekat dengan manusia lain dan semakin giat membantu mereka dan meningkat sifat rendah hati di depan mereka.

Sedangkan di antara tanda-tanda malangnya seorang hamba adalah:

  • Apabila ilmu ditambah oleh Allah Subhanahu wa ta’ala, dia semakin sombong dan sesat;
  • Apabila amalannya ditambah oleh Allah Subhanahu wa ta’ala, dia semakin durjana dan mula merendahkan manusia dan terlalu banggakan dirinya;
  • Apabila ditambah umurnya oleh Allah Subhanahu wa ta’ala, maka cita-cita dunianya semakin bertambah;
  • Apabila ditambah hartanya oleh Allah Subhanahu wa ta’ala, dia semakin kedekut dan tamak;
  • Apabila ditambah kedudukan dan kehormatannya oleh Allah Subhanahu wa ta’ala, maka dia semakin sombong dan semakin sesat.

Perkara-perkara di atas hanyalah ujian dan cubaan dari Allah Subhanahu wa ta’ala yang dengannya Dia menguji hamba-hambaNya, yang mana sebahagian daripadanya berbahagia kerananya dan sebahagian lainnya sengsara kerananya.

Demikian juga dengan karamah, ia adalah cubaan dan ujian, sepertimana sesuatu kekuasaan, kerajaan dan harta. Allah Subhanahu wa ta’ala telah berfirman tentang Nabi Sulaiman Allaihi salam yang sedang melihat istana Permaisuri Balqis;

naml 40

Maksudnya: “Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: “Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!” Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: “Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah”. [Al-Quran, Surah An-Naml (27): 40].

Maka, nikmat-nikmat hanyalah suatu ujian dan cubaan dari Allah Subhanahu wa ta’ala, dari itulah terbitnya rasa syukur dari orang yang bersyukur dan terbitnya juga kekufuran dari orang yang kufur. Allah Subhanahu wa ta’ala menguji manusia dengan nikmat sebagaimana Allah Subhanahu wa ta’ala mereka dengan musibah. FirmanNya:

Fajr 15-17Maksudnya: “(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: “Tuhanku telah memuliakan daku!” Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: “Tuhanku telah menghinakan daku!” Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya).” [Al-Quran, Surah Al-Fajr (89): 15 – 17].

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s