Assalamualaikum.

Sebagai salah seorang rakyat Malaysia, saya bersyukur kepada Allah kerana diberikan kelonggaran dalam pembayaran cukai. Jadi, setiap sen yang kita keluarkan untuk zakat, kita layak memperolehi rebat potongan cukai pendapatan!

Di dalam Akta Cukai Pendapatan 1967 (Malaysia), terdapat peruntukan rebet cukai pendapatan individu untuk bayaran zakat (iaitu mula Tahun Taksiran 1985).

Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 Seksyen 6A(3) (Malaysia) menyatakan: “Rebat hendaklah diberikan pada tahun taksiran untuk sebarang bayaran zakat, fitrah atau lain-lain tuntutan agama Islam yang mana pembayaran wajib, dan yang telah dibayar dalam tahun asas bagi tahun taksiran itu, dan dibuktikan oleh resit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama yang berkenaan yang ditubuhkan mengikut undang-undang bertulis.”

Berpandukan kepada ACP 1967 di atas, setiap bayaran zakat atas individu boleh mendapat rebat atau tolakan daripada cukai pendapatan seseorang. Rebat zakat hanya diperolehi jika bayaran zakat dibuat pada tahun semasa taksiran cukai pendapatan. Rebat juga hanya boleh diperolehi dengan adanya bukti pembayaran daripada pihak berkuasa agama di Malaysia yakni Pusat Zakat atau mana-mana Majlis Agama Islam negeri. Bayar terus ke asnaf tak dapat rebat sebab tidak menepati akta di atas.

Contoh: Sekiranya seseorang itu membayar zakat kepada PPZ sebanyak RM500 pada tahun 2017, maka beliau mendapat rebat cukai pendapatan sebanyak RM500 juga bagi tahun taksiran Cukai Pendapatan 2017. Saya nasihatkan simpanla resit bayaran tersebut sekiranya dipanggil oleh LHDN nanti!

Dan biasanya bulan Disember menjadi rebutan pembayar zakat kerana ia adalah waktu yang sesuai bagi menunaikan zakat dan memperoleh rebat atau pelarasan ke atas cukai pendapatan seseorang. Ini kerana, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hanya menerima pembayaran zakat yang dilakukan pada tahun semasa untuk rebat cukai pendapatan pada tahun berkenaan. Seandainya seseorang terlewat menunaikan zakatnya sehingga masuk tahun hadapan (katakanlah 1 Januari 2018), maka ia sudah tidak boleh direbatkan lagi ke atas cukai pendapatan bagi tahun 2017.

 

Kita seharusnya bersyukur kerana rebat ni tidak semestinya ada di negara-negara lain. Contohnya seperti di Indonesia, yang mana tidak mempunyai kelonggaran cukai pendapatan ke atas zakat. Merekea sememangnya wajib mengeluarkan cukai, namun perlu juga membayar zakat atas tanggungjawab sebagai seorang muslim.

Saya juga ingin kongsikan video kebaikan zakat berbanding cukai. Mari kita lihat video dibawah dan sama-sama membuat penilaian bijak:

Video dipinjam dari Youtube Channel Isl@mic Figs
Sekian, wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s