Assalamualaikum semua!

Seperti yang kita maklum, zakat adalah merupakan satu rukun sosial. Ia salah satu dari lima rukun Islam. Umat Islam sepakat atas kewajipan zakat. Maka, bila ada orang yang mengingkari, ia dianggap kafir dan wajib ditentangi. Namun bagi orang yang enggan menunakan zakat padahal ia berkeyakinan zakat hukumnya wajib, dia menganggung dosa namun tidaklah murtad.

Zakat adalah salah satu kewajipan yang disepakati umat dan salah satu keharusan penting dalam agama. Bila ada orang yang mengingkari kewajipannya maka ia tergolong dalam golongan murtad dan wajib diperangi, kecuali jika dia baru memeluk agama Islam. Bagi saudara/saudari baru Islam, ia dimaafkan kerana tidak mengetahui hukumnya.

Sementara itu, orang yang enggan menunaikan zakat, padahal dia berkeyakinan hukumnya wajib, maka penguasa harus memungut zakatnya secara paksa dan mengenakan denda. Dan jumlah harta yang dirampas tidak boleh melebihi zakat yang diwajibkan, kecuali menurut sesetengah pendapat seperti Imam Ahmad dan ulama Mazhab Syafi’i yang mengatakan setengah dari harta harus diambil secara paksa sebagai hukuman kepada yang enggan. Bahz bin Hakim meriwayatkan dari bapanya bahawa datuknya berkata:

“Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Dalam setiap unta yang mencari makanan sendiri, bagi setiap empat puluh ekor maka satu bint labun (unta betina 2 tahun) sebagai zakat, unta-unta itu tidak dipisahkan semasa hitungannya. Sesiapa yang memberikan ia untuk mendapatkan pahala, maka akan diberikan pahala untuknya. Sesiapa yang enggan, maka kami mengambilnya beserta separuh daripada unta beliau, sebagai salah satu daripada hak-hak Tuhan kami. dan tidak halal sedikit pun darinya untuk keluarga Muhammad.” (HR dalam Sunan Nasa’i)

Jika ada sekelompok kaum yang enggan menunaikan zakat padahal mereka berkeyakinan hukumnya wajib dan mereka memiliki kekuatan, maka mereka harus diperangi sehingga mahu menunaikan zakat. Diriwayatkan dari Ibn Umar bahawa Nabi SAW bersabda:

“Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka bersaksi bahawa tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Allah dan Muhammad itu adalah Rasul-Nya, mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat. Bila mereka melakukannya maka mereka telah menjaga darah dan harta mereka dariku kecuali berdasarkan hak Islam. Dan hisab amalan mereka adalah dalam urusan Allah SWT” (HR Bukhari)

Golongan Yang Mengingkari Zakat

Hukum orang yang enggan menunaikan zakat dbahagikan kepada dua golongan:

  1. Golongan yang mengingkarinya sebagai kewajipan syar’i – Golongan ini perlu diteliti terlebih dahulu. Bila yang bersangkutan tidak mengetahui dalil-dalil kewajipan zakat kerana baru memeluk Islam maka mereka tidaklah menjadi kafir. Mereka harus mempelajari hukum-hukum Islam dan kewajipan zakat. Namun apabila terus mengingkari kewajipan zakat, mereka adalah golongan murtad dan harus diperangi sehingga mahu menunaikan zakat. Adapun sekiranya mereka sudah tahu hukum-hukum Islam namun mengingkari kewajipan zakat, mereka diberi waktu selama tiga hari untuk bertaubat dan berjanji agar tidak mengingkari kewajipan zakat itu lagi. Sekiranya mereka tetap mengingkarinya, mereka termasuklah dalam orang-orang kafir dan harus ditentangi. Mereka diputuskan kafir kerana dalil-dalil wajibnya zakat dalam al-Quran, hadith dan ijmak. Sesiapapun yang mengingkarinya, bererti dia ingkar atau kafir terhadap al-quran dan hadith.
  2. Golongan yang enggan menunaikan zakat tetapi yakin hukumnya wajib – Golongan kedua ini berdosa, tetapi tidak kafir. Pemimpin negara Islam harus memungut zakatnya secara paksa kemudian diberi hukuman keras agar insaf. Hukumannya boleh berupa pungutan paksa separuh daripada hartanya selain zakat.

Wallahualam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s