Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1439H.

Post yang lepas (PART II) telah dijelaskan serba sedikit berkenaan siapa dan dari siapa Zakat Fitrah Itu diwajibkan. InsyaAllah post kali ini pula akan memfokuskan kepada “Kadar Yang Wajib Dikeluarkan Bagi Menunaikan Zakat Fitrah”.

Wajib pada Zakat Fitrah Itu Adalah Satu Sha’ (Satu Gantang)
Dalil yang mengatakan bahawa Wajib itu Satu (1) Sha’ (gantang) makanan berpandukan hadith riwayat berikut:

Dari Ibn Umar, ia berkata: “Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan, satu sha’ kurma atau satu sha’ gandum” (HR Jamaah)

dan,

Dari Abu Said al-Khudri, ia berkata: “Kami mengeluarkan zakat fitrah, pada waktu Rasulullah SAW ada bersama kita, satu sha’* makanan atau satu sha’ kurma, atau satu sha’ gandum, atau satu sha’ kurma basah atau satu sha’ gandum basah. Kami terus melakukan hal itu sehingga Mu’awiyah datang kepada kita di Madinah,” Ia berkata: “Saya melihat bahawa dua(2) mud* makanan Syam sama dengan satu sha’ kurma, lalu orang melakukan seperti apa yang dikemukakannya.” (HR Jamaah)

Selain Imam Bukhari yang memberikan tambahan, bahawa Abu Said al-Khudri mengatakan: “Aku tetap mengeluarkan sebagaimana aku dahulu mengeluarkannya.”

Dua hadith di atas menunjukkan bahawa yang wajib pada Zakat Fitrah itu adalah satu sha’ pada setiap orang.

Berkata Imam Dahlawi: “Sesungguhnya ukurannya dengan satu sha’ kerana dengannya boleh mengenyangkan sebuah keluarga. Dengan satu sha’ itu boleh dianggap cukup bagi orang fakir. Satu sha’ pada selain gandum dan kurma adalah wajib berdasarkan ijma’ ulama.

Alasan Wajibnya Satu Sha’ (1 Gantang)
Alasan Jumhur ulama adalah hadith Abu Said, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

“Satu sha’ makanan, atau satu sha’ kurma, atau satu sha’ gandum, atau satu sha’ anggur atau satu sha’ quth” (HR Muslim)

Telah berkata Imam Nawawi, bahawa dilalah pada hadith ini boleh dilihat kepada dua segi:

Pertama: bahawa makanan pada kebiasaan penduduk Hijjaz hanyalah untuk gandum sahaja, apalagi disertai dengan penjelasan lainnya.
Kedua: bahawa dalam hadith itu diterangkan berbagai macam, yang harganya berbeza-beza, lalu diwajibkan dari setiap daripadanya satu sha’. Maka jelas yang dipandang itu satu sha’-nya (isipadu) dan tidak memandangkan kepada harganya (nilai RM nya).

Ukuran Satu Sha’ (1 Gantang).
Di Malaysia, orang Islam berpandukan kepada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan iaitu seperti berikut:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003 telah membincangkan Penentuan Harga Zakat Fitrah Seluruh Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS bagi beras Super Tempatan Gred A mengikut timbangan satu gantang Bagdhdad bersamaan 2.60kg.

Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS, masing-masing bagi beras Vietnam White Rice bagi negeri Sabah dan Thai White Rice bagi negeri Sarawak mengikut timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.70kg.

Amalan pelaksanaan zakat fitrah di negara ini ditunaikan dengan nilai mata wang bagi menggantikan satu gantang beras bagi setiap orang Islam yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri-negeri. Keadaan ini memperlihatkan wujud perbezaan kadarnya di negeri-negeri disebabkan penetapan asas timbangan bagi satu gantang beras dan jenis beras yang ditentukan. Selain itu, harga beras tempatan di Semenanjung Malaysia dikawal dan diselaraskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS).

Bahan makanan yang diambilkira bagi menentukan zakat ialah beras atas alasan ia merupakan makanan asasi yang dimakan oleh rakyat negara ini. Berdasarkan kajian dan perakuan oleh pihak BERNAS, beras Super Tempatan Gred A merupakan beras yang dimakan oleh majoriti rakyat Malaysia berbanding dengan beras gred lain. Perkara ini boleh dijadikan asas dan kaedah bagi penetapan bahan makanan asasi dalam menentukan zakat fitrah.

Kaedah yang harus digunakan bagi memastikan ketepatan timbangan yang menyamai satu gantang Baghdad adalah dengan menggunakan timbangan metrik dengan mengambil kira penggunaan alat sukatan gantang Baghdad kian pupus dan sistem sukatan moden terutama sistem metrik digunakan secara meluas.

Hasil sukatan dua jenis gantang Baghdad bagi beras Super Tempatan Gred (A) adalah bersamaan dengan 2.70 kg. Keputusan ini bertepatan dengan keputusan yang telah dibuat oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Pertama yang bersidang pada 28-29 Januari 1981 iaitu ukuran nisab jenis-jenis zakat kepada sistem metrik adalah harus.

Kadar Zakat Fitrah 2018
Untuk itu, dibawah merupakan Jumlah Zakat Fitrah yang wajib dibayar per kepala pada tahun 2018:

Kadar ZF

Kesimpulan
Maka dari keseluruhan ulasan di atas, dapat kita lihat nas-nas yang dijadikan panduan dalam meletakkan ukuran pembayarn Zakat Fitrah. Namun, pada zaman sekarang, pemberian dalam bentuk harga atau wang tampak lebih mudah dan praktikal asalkan memenuhi tuntutan agama dan mencukupkan keperluan fakir miskin sempena menyambut Satu Syawal.

Alhamdulillah, selesai sudah artikel Zakat Fitrah ini. Diharapkan keseluruhan siri artikel dari I hinggalah III bermanfaat kepada pembaca sekalian. Kepada yang belum menunaikan Zakat Fitrah, maka saya nasihatkan cepat-cepat lakukannya takut terlambat atau terlupa nanti.

Akhir kata, sehingga berjumpa lagi !! Assalamualaikum…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s