Sistem kewangan dalam Islam mempunyai ciri yang jelas dan bebas dari segala sistem kewangan dunia. Sebahagian besar dari prinsip adalah merupakan dasar-dasar pokok yang utama yang diakui oleh Al-Quran dan dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sunnahnya serta dipraktikkan dalam zaman Nabi. Berdasarkan kepada dasar-dasar utama inilah diqiaskan masalah-masalah ranting yang timbul mengikut perkembangan suasana dan kejadian. Bagaimanapun di dalam semua keadaan setiap dasar utama dan juga masalah ranting tadi mestilah mewujudkan keseimbangan sosial.

Antara perkara utama dalam sistem kewangan Islam ialah CUKAI, yang berkembang dan beraneka jenis, selaras dengan keperluan sosial negara. Cukai-cukai ini pula ada hubungannya dengan tradisi dan peraturan yang perlu untuk diketahui bagi mendapat gambaran yang jelas mengenai sumber pendapatan dan perbelanjaan negara.

Seperti yang diketahui bahawa sumber atau punca pendapatan penting negara Islam ialah 1)ZAKAT; 2)KHARAJ (cukai tanah); 3)JIZYAH (cukai kepala); 4)Harta rampasan perang dan juga; 5)AL-‘USHUR. Sumber-sumber ini mengandungi pengertiannya yang tersendiri namun, kali ini saya hanya akan memfokuskan kepada cukai Islam berbentuk ZAKAT sahaja.

FAHAMI ZAKAT
Zakat ini kadang kala disebutkan sebagai ‘sadaqah’. Ia merupakan cukai yang mula-mula sekali dikenakan oleh agama Islam terhadap golongan orang kaya serta golongan yang mampu. Bagaimanapun pada mulanya ia merupakan perkara ‘pilihan’ dan tidak ditentukan kiadar atau nisabnya. Dalam hubungan ini Al-Quran Al-Karim menyatakan pujian dan penghargaan kepada orang yang menunaikannya; umpamanya firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan orang yang dalam hartanya tersedia bahagian tertentu bagi orang miskin dan orang yang tidak mempunyai sesuatu” [Al-Ma’rij (70): 24-25]

Jadi harta zakat yang dikeluarkan kepada golongan fakir miskin dalah dianggap sebagai hak yang jelas dan tegas bagi mereka. Kemudian Allah SWT memerintahkan Nabi untuk mengambilnya daripada harta orang kaya untuk dipulangkan kepada fakir miskin berdasarkan kepada firman Allah SWT yang bermaksud:

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui” [At-Taubah (9): 103]

Nisab zakat serta kadar penentuannya diketahui dari penjelasan Hadith Nabi SAW dan bukan dari Al-Quran. Berdasarkan kepada hadith Nabi kita dapat mengetahui bahawa zakat itu terbahagi kepada beberapa jenis; iaitu zakat pendapatan, harta perniagaan, emas dan perak, tanaman dan buah-buahan serta zakat ke atas binatang ternakan.

Mengikut keterangan Al-Qurtubi bahawa perkataan “zakat” itu diambil dari kata dasar “zakka” bererti “subur atau bertambah”. Ada juga dikatakan bahawa zakat itu bererti “membersihkan” seolah-olah harta yang dikeluarkan itu dapat membersihkannya dari hak yang ditentukan oleh Allah ke atasnya untuk fakir miskin [Al-Qurtubiy: al-Jami’ li-Ahkam al-Quran. (Dar al-Kutub al-Misriyyah, 1385H/1939M)]

Rujukan:
Sistem Ekonomi Dan Kewangan Islam, karya Dr. Subhi al-Saleh, alih bahasa oleh: Osman Haji Khalid

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s