Apa itu Wakaf?

  1. Wakaf dari sudut bahasa – Berhenti, Menegah, Menahan
  2. Wakaf dari sudut syarak – Harta yang ditahan haknya daripada dijual beli, pewarisan, hibah dan wasiat. Harta tersebut juga dikekalkan sumber atau fizikalnya, dan manfaat dari harta yang diwakafkan diguna untuk kebajikan khusus atau umum kepada ummah dengan niat mendekatkan diri pewakaf kepada Allah SWT.

Jenis-Jenis Wakaf

  1. Wakaf Keluarga – Manfaat wajaf dikhususkan kepad ahli keluarga dan zuriat pewakaf. Contohnya, En. Ahmad mewakafkan sebuah rumah banglo di mana manfaatnya hanya boleh digunakan oleh ahli keluarga dan zuriatnya.
  2. Wakaf Kebajikan – Digunakan bagi tujuan kebajikan semata-mata dan terbahagi kepada dua (2) iaitu: Wakaf Am – Digunakan bagi tujuan umum dan tiada syarat yang ditetapkan oleh pewakaf. Contohnya, En. Ahmad mewakafkan tanah untuk kebajukan ummah. Wakaf Khas – Digunakan bagi tujuan khusus dengan maksud tertentu yang ditetapkan oleh pewakaf. Contohnya, En. Ali mewakafkan tanah untuk pembinaan masjid/hospital/rumah kedai dan lain-lain.

Jenis Harta Yang Boleh Diwakafkan

  1. Harta Alih – Sesuatu yang tidak kekal dan boleh berubah serta dipindah alih seperti wang tunai, buku, harta intelek, kenderaan, pakaian dan lain-lain.
  2. Harta Tidak Alih – Sesuatu yang terpasak di bumi dan tidak boleh dipindah alih seperti tanah dan bangunan.

Rukun dan Syarat Wakaf

  1. Pewakaf – Baligh, berakal, mampu menguruskan harta sendiri, tidak muflis, secara sukarela, berwakaf secara wasiat tertakluk kepada hukum wasiat dan pewakaf yang sakit tenat boleh mewakafkan harta tidak melebihi daripada 1/3.
  2. Harta Yang Diwakafkan – Harta yang halal dan boleh diambil manfaatnya, milik penuh pewakaf dan bukan harta orang lain, ditentukan secara jelas, boleh diambil manfaat secara berterusan dan boleh dipindah milik.
  3. Penerima Manfaat Wakaf – Orang islam atau orang kafir selain daripada kafir harbi (yang memerangi Islam).
  4. Lafaz Wakaf – Lafaz yang jelas contohnya: “Saya bernama _______ mewakafkan sebidang tanah milik saya di alamat _______, untuk kegunaan _______ kerana Allah SWT.”

Orang Islam Digalakkan Untuk Berwakaf

Firman Allah SWT (yang bermaksud):

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”(Al-Baqarah: 261)

Firman Allah SWT (yang bermaksud):

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.”(Ali-Imran: 92)

Fadhilat Berwakaf

  1. Mendekatkan diri kepada Allah SWT.
  2. Mendapat kebajikan yang berkekalan di dunia dan akhirat.
  3. Menikmati manfaat bersama dalam kalangan masyarakat.
  4. Meningkatkan sosio-ekonomi umat Islam.
  5. Mengukukuhkan perpaduan ummah.
  6. Mengekalkan pemilikan dan perkongsian aset umat Islam.
  7. Memakmurkan harta umat Islam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s